Tuesday, May 26, 2009

Menteri Bukan Islam Boikot Barangan Israel, Kita macam mana?

Laporan Islam On Line 5 Januari 2006 – Menteri Norway Boikot Barangan Israel. Menteri Kewangan Norway Kristin Halvorsen menyatakan “Sejak sekian lama saya tidak membeli barangan Israel dan saya menyokong kempen parti saya yang memboikot barangan dan perkhidmatan daripada Israel”.

Tujuan menteri tersebut memboikot barangan Israel ialah sebagai sokongan ke atas kebebasan hak rakyat Palestin, dan menentang polisi Israel yang melanggar hak asasi manusia.

Nah, seorang menteri bukan Islam dari negara barat memboikot barangan Israel. Bagaimana kita rakyat Malaysia atas perjuangan hak asasi manusia dan lebih-lebih lagi umat Islam di Malaysia ini atas nama saudara dalam Islam ?

Mungkin tindakan kita tidak membeli barangan Israel yang harganya RM 1 – RM 1000 atau lebih tidak akan melemahkan negara Israel. Tapi ingat kepada kisah seekor burung kecil ketika Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Maka apa jawapan kita kepada Allah kelak apabila ditanya “Apa yang kita telah buat untuk saudara kita di Palestin ? “

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu?” Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.”

Berikut ialah sebahagian daripada produk buatan Israel yang perlu diboikot yang disenaraikan dalam laman web di bawah :

KFC, Arbys, McDonalds, McBurger, Pizza Hut, Chilies, Hardees, Paridies, Pizza Little Sitzer, Jack in the Box, A&W, Kantez, Baskin Robbins, Wimpy, Dominos Pizza, Texas, Slizer, Pepsi, Mirinda, 7up, Coca-Cola, Sprite, Fanta, Nike, Adidas, Kate, Calvin Klein, Power, Union Air, Clifinitour , Admiral, Harmony, Alaska, Duncan, Motorola, Alcatel, Eveready, Energizer, Ford, Chrysler, Hammer, Chevrolet, Puck, Procter and Gamble, Johnson & Johnson, Nectar, Avon, Revlon, Bank America International, American Express, Bank of America, Bank of New York, Marlboro, LM, More.

Berikut ialah laman-laman web berkaitan isu Palestin :

Laman web senarai barangan Israel yang perlu diboikot http://www.inminds.com/boycott-brands.html
Laman web isu Palestin dalam Bahasa Malaysia http://palestinkini.info
Laman web isu Palestin dalam Bahasa Indonesia http://www.infopalestina.com

http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=4569

No comments: