Thursday, June 18, 2009

Awas ! Kopi Radix Palsu !

Salam ukhwah ahli HPA sekalian,

Kali ini kita digemparkan lagi dengan Kopi Radix palsu. Berita ini diperolehi dari sebuah blog komuniti HPA. Selepas isu Kopi Radix palsu yang ditiru bulat-bulat sebelum ini, timbul lagi isu baru yang mensabitkan nama Radix. Dek kerana populariti jenama Radix, pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengeksploitasi jenama ini untuk kepentingan sendiri bagi meraih keuntungan dalam masa yang singkat. Kita berasa sungguh kesal dan marah dengan kejadian ini.

Kepada ahli HPA yang terjumpa dengan kopi “Master Radix” ini, sila buat aduan kepada HPA. Diharap HPA akan bertindak sesuatu ke atas pihak terbabit seperti saman atau sebagainya kerana diketahui jenama Radix telah menjadi hakcipta terpelihara HPA.

Ini beritanya:

Assalamualaikum.

Apa khabar saudaraku. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin berkongsi pengalaman berkenaan dgn perkataan “RADIX”. Pada 4 Jun 2009 saya ke sebuah restoran di Tg Rambutan utk makan. Seperti biasa kopi Radix adalah minuman biasa yg saya minum di kedai tersebut.

Apabila minuman sampai, saya pun minum seteguk. Wah rasanya tidak spt kopi Radix yg biasa. Lalu saya pun bertanya kpd empunya kedai tersebut. Beliau mengatakan yg kopi radix telah ditukar kpd packing yg baru (disebabkan oleh berlakunya kopi radix tiruan, lalu HPA telah menukar packing supaya tidak boleh ditiru). Saya pun mintaklah dgn tuan punya kedai nak tengok packing baru yg dinyatakan tu. Manalah tau mmg betul HPA dah tukar.

Saya berasa terkejut apabila melihat packing kopi Radix tersebut. Apabila ditanya siapakah yg membekalkan kopi tersebut, dia pun tak tahu. Katanya Cina yg hantar kat dia. Kilangnya bertempat di Taiping Perak. Macam-macam bangsa Cina lakukan utk menjatuhkan produk org Islam kita. Yg sedihnya org Melayu kita yg menjadi mangsa penipuan mereka.

Wallahualam.

Sama-sama kita tentang habis-habisan…
Sumber: http://hpakpt.blogspot.com/ . Ini gambarnya:
kopi-master

kopi-master2

Ini pula kenyataan dari Pengurus Besar Al-Wahida Marketing. Dipetik dari blog beliau:

SALAM SERIUS SELURUH WARGA HPA,

Seorang taukeh cina yang tidak bertanggung jawab telah menciplak jenama RADIX. Taukeh tersebut telah menggunakan nama MASTER RADIX. Kini terdapat di Perak, Kelantan dan Terengganu.

Mari kita perangi mereka ini dengan;

1. Maklumkan pada semua warung, kedai makan, runcit bahawa KOPI MASTER RADIX adalah palsu.
2. Minta mereka jangan jual kopi tersebut.
3. Maklumkan pada cawangan terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Ayuh mari berjihad pertahankan produk Muslim…

Sumber : http://duniaherbahpa.com/2009/06/jangan-tertipu-dengan-kopi-radix-palsu/

No comments: