Wednesday, June 10, 2009

Cebisan Kata Untuk Semua....

Assalamualaikum w.b.t...

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi berkunjung ke blog Muslim Produk - HPA Industies ini.Blog ini saya ciptakan khas untuk seluruh umat islam dengan tujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada anda semua mengenai produk-produk keluaran orang islam bumiputera yang dijamin halal lagi suci.

HPA mempunyai 200 jenis produk terdiri daripada produk-produk harian,produk untuk wanita,kesihatan,umrah,bayi,minuman,kapsul dan gel dan lain-lain lagi.

Suka untuk saya nyatakan disini bahawa produk-produk keluaran HPA ini sangat sesuai untuk anda seluruh umat islam yang mementingkan kesihatan rohani dan jasmani.Kerana produk-produk keluaran HPA ini bukan saja halal lagi suci,malah ia selamat untuk digunakan dan mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

HPA sangat menitik beratkan penghasilan produk-produk dari keluaran syarikat ini iaitu dengan menggunakan sumber yang halal,selamat dan berkualiti bagi menghasilkan setiap produk.Selain itu pekerja-pekerja yang menghasilkan produk-produk ini juga adalah 100% tediri daripada orang-orang islam dan mereka diwajibkan berwudu' sebelum memasuki kilang serta melaksanakan solat sunat Dhuha secara berjemaah dan mendengar tazkirah ringkas.

Produk-produk HPA bukan sahaja mendapat tempat di pasaran Malaysia, malah juga memasuki pasaran luar negara seperti Indonesia dan Brunei.

Jadi saya menyeru kepada anda semua untuk menjadikan produk keluaran HPA ini sebagai produk untuk anda sekeluarga.Semoga dengan amalan pemakanan yang baik ini dapat menjamin kesihatan dan kesejahteraan rohani dan jasmani kita semua.

Anda boleh membeli produk-produk keluaran HPA ini di laman Muslim Produk ini secara online.Malah anda boleh juga mendapatkan produk-produk tersebut melalui stokis dan agen setiap negeri.anda boleh menghubungi stokis dan agen dengan merujuk di laman senarai stokis dan senarai agen HPA.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan diskaun 20-25% bagi setiap pembelian produk HPA,anda bolehlah membuat pendaftaran sebagai ahli dengan pembayaran hanya RM40 seumur hidup.setelah membuat pendaftaran anda akan diberi kad ahli dan katalog HPA.

Salam penghijrahan untuk semua....Semoga sentiasa mendapat keredhaan Allah.Amin

No comments: