Thursday, May 28, 2009

Tips redakan sakit kepala

SAKIT kepala? Tentu anda pernah mengalaminya. Namun apakah anda kerap mengalaminya? Jika setiap hari begitu, jangan dibiarkan sahaja. Bertemulah doktor. Jangan cuba-cuba mengubati sendiri. Jika anda kerap mengalami sakit kepala, cuba ikuti tips berikut:


BARING

Baring dan pejamkan mata selama se-tengah jam atau lebih. Malah dengan tidur juga menjadi pelega yang tepat. Berhentilah dari melakukan sebarang pekerjaan, tetapi teruslah berbaring.


JAUHI PANCARAN MATAHARI

Berehat dalam bilik gelap. Jika bilik terang, tariklah tabir atau langsir supaya cahaya dari luar tidak menembusi bilik anda. Jika sedang menghadap skrin komputer dan televisyen, berehatlah, pancaran cahaya dari skrin juga boleh menambahkan rasa sakit kepala.


TUAM MATA

Celupkan kain atau tuala bersih ke dalam ais. Demahkan ke bahagian mata yang sakit atau kepala anda. Jika tidak berkesan, gunakan pula air suam. Lakukan selama setengah jam.'


FIKIRKAN PERKARA YANG MENENANGKAN

Sakit kepala ada kalanya timbul akibat stress dan terlalu banyak perkara yang difikirkan. Apakah anda kerap mengerut-kan dahi, meninggikan suara ketika marah mahupun menjerit ketika dalam kesesakan jalan raya? Jika jawapannya ya, kurangkan dari bersikap begitu. Jika situasi begitu anda lalui, berhentilah, kemudian menarik nafas dalam-dalam sebanyak dua kali.


KURANGKAN KAFEIN

Jika anda gemar meminum kopi dan teh lebih dari secawan setiap hari. Cuba kurang-kanlah.Tapi, jangan terus berhenti mengam-bilnya secara drastik. Katakan anda meminum secawan kopi setiap hari, kemudian tiba-tiba tidak mengambilnya pada hujung minggu, anda mungkin diserang sakit kepala. Kaedah terbaik dengan mengurangkan kepada setengah cawan setiap hari. Lama-lama anda akan boleh terus berhenti tanpa gangguan serangan sakit kepala.


SELALU BERSENAM

Kerap bersenam boleh mengurangkan tekanan fizikal dan emosi. Jika anda kerap sakit kepala, ambil inisiatif untuk berjogging, bersenam dan melakukan aerobik.


BERHENTI MEROKOK DAN JAUHI MINUMAN KERAS

Jika anda merokok, ambil inisiatif untuk berhenti. Begitu juga Jika anda seorang yang meminum minuman keras. Berhentilah dari mengambilnya.


Sumber : http://homebisnes.com/minyaklintah/sakitkepala.html

No comments: